"Bermusafirlah, nescaya kau dapat ganti orang yang kau tinggalkan;
Berletihanlah kerana kelazatan hidup itu pada keletihan;
Aku melihat terhenti air itu merosakkannya,
Jika ia mengalir ia elok, jika tidak berjalan tidak elok;
Singa jika tidak meninggalkan hutan tidak garang,
Anak panah jika tidak meninggalkan busur tidak mengenai sasaran - Imam As-Syafi'ie Rahimahullah-"
Assalamualaikum..
Allahu, makin aku fahami segala isi hatiku,
Makin dekat aku dengan pelbagai jawapan,
Terasa jawapan pada persoalan ada disekeliling.
Tanya dan keadaan akan jawab.
Saat aku bermusafir, abang saudara share quotes ni.
Sungguh. Bermusafir itu menenangkan.
Saat keadaan menekan beberapa bulan yang lepas,
Aku temui ketenangan disepertiga malam,
Selain itu, aku rasa tenang dalam kenderaan,
Setiap sinar matahari dan kehitaman malam dalam perjalanan itu ketenangan.
Jujur. Dua saat ini saat aku hargai, rasa kekuatannya masuk ke hati.
Allahu. Indahnya kuasa Mu.
Mungkin sudah terlalu lama aku tak bermusafir,
Musafir kali ini terasa lain,
Seronok. Terlalu seronok.
Setiap pemandangan terlalu indah.
Mungkin dulu dalam perjalanan, aku terlalu asyik dengan telefon,
Berhubung tanpa melihat dunia.
Buta untuk melihat indahnya alam ciptaanNya.
Sungguh, kini perjalananku aku penuhkan dengan ilmu dan mengagumi ciptaanMu.
Tak pernah aku tidak tidur hanya untuk membaca dan melihat pemandangan.
Solace.
Monday, August 25, 2014
Musafir.
Posted by cik hidayah at 10:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment