Lemah, Letih, Tak sihat, Tak mampu, Tak Kuat.
..................
Bangunlah, bangun...
...................
Pening, Lemah..
...................
Bangunlah.. mengadu pada dia...
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang,
Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan Semesta Alam
Yang maha pengasih dan penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya padamu aku beribadah dan hanya padamu aku mohon pertolongan..
Air mata turun setitik demi setitik..
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Jalan orang2 yang kau beri nikmat
Bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Basah. Muka dah basah bermandi air mata. Teresak dalam pekat malam.
Setiap maksud ucapan yang setiap hari diulang 5 kali sehari menusuk dalam jiwa,
Allahu, banyaknya dosaku yang tak terampun,
Engkau yang Maha Mendengar,
Terlalu banyak yang ingin aku perkatakan,
Namun terhenti pada ayat ''ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku"
Ayat ini terluah tersekat2, diulang beberapa kali,
Sebak. Sebak.
Layakkah aku meminta sedang dosa aku padaMu menimbun tinggi.
Bayangan dosa satu persatu menerjah minda.
Ya Allah...
Kerana makhluk, aku berduka, kerana makhluk aku terjatuh duduk tak berdaya,
Namun kerana semua ini jadi, aku kembali padaMu..
Ampunkan aku ya Allah.
Sinar hidayah datang saat aku jatuh. Syukur diberi peluang bertaubat.
Allahu, pada pandangan manusia, mungkin silapku kecil,
Mungkin mereka melihat tiada dosa,
Namun aku tahu ya Allah,
Dalam aku menjaga hati, menjaga batas, menjaga suara dan percakapan,
Ada tindakanku yg menjadi fitnah bagiMu,
Dan kini aku melihat dari sudut berbeza,
Allahu,
Ampunkan aku...
Aku tahu kau sedang merancang sesuatu yang lebih indah,
Namun aku pohon,
Andai dengan wujudnya cinta pada makhluk menjarakkan aku dariMu,
Kau tutuplah pintu hatiku dari cinta itu,
Aku ingin menjadi wanita yang diredhaiMu terlebih dahulu,
Mencintai pencipta makhluk lebih dari segalanya,
Dan bila Kau rasa aku sudah bersedia, cukup solehah,
Kau hadirkanlah dia, makhlukMu yang akan menjagaku seperti kedua ibu bapaku,
Yang menyayangi kedua ibu bapaku,
Yang kedua ibu bapanya akan menyayangiku seperti menyayangi anaknya sendiri
Yang mampu membimbingku semakin dekat denganMu,
Yang akan mempertahankan aku di dunia dan akhirat.
Maka sebelum kau hadirkan dia, kau jadikan aku wanita solehah yang hanya akan mencintaiMu.
Aku yakin, jalan ceritaMu indah.
Engkau lebih mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui.
Amin.
Ini sumber kuatku.
Bangunlah. Bangun dan menangis.
Pada Dia, cinta hati abadi.
Kuatlah walau badanmu lemah, walau sakit, walau payah daan letih.
Bangun sayang.
Sepertiga malam.
Sunday, September 7, 2014
Bangunlah, bangun
Posted by cik hidayah at 11:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment