BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 29, 2015

Tunggu

Sampai bila?
Sampai dah sedia.
Kosong.
Aku faham.
Aku tak sedia.
Mungkin.
Nanti akan tiba.
Semua sama.
Sampai masa ada yang akan buktikan berbeza.
Sabar.
Ya. Mungkin.
Andai aku mampu intai masa hadapan,
Tapi aku masih ingin disini,
Melihat masa-masa dan detik-detik dari masa hadapan itu menjadi masa kini.
Sabar dan baca cerita yang Tuhan tulis untuk kamu,
Jangan hanya mahu melihat muka surat akhir.
Eh, bukan muka akhir itu mati?

Tuesday, November 24, 2015

Kuat

Tahu mengapa aku selesa begini?
Sendiri dengan skandal halusinasi.
Gembira hanya dengan dunia rekaan.
Tanpa harapan, tanpa erti.
Ya. Tanpa pengharapan.
Harapan tu memusnahkan.
Aku sendiri melihat musnahnya manusia yang paling aku sayang kerana harapan.
Aku sendiri merasa musnahnya AKU kerna harapan.
Jangan tanya aku bagaimana aku kuat.
Aku. Aku.
Kau. Engkau.
Cuma bak kata mereka semua pada aku
'Lihatlah sekelilingmu dan bukalah mata hatimu. Lihat siapa yang menyayangimu dan siapa memusnahkanmu.'
Aku melihat lebih jelas dari manusia lain.
Aku melihat dari sudut dulu dan sekarang.
Aku melihat besarnya luka yang pernah tercipta.
Bagaimana ia berdarah tanpa henti, hingga lukanya kering dan akhirnya berparut.
Aku tak mahu bergantung pada manusia dan berharap kembali yang ada manusia yang mampu menghilangkan parut itu hingga bersih.
Pengharapan itu permainan penipuan yang cukup tajam.
Cukuplah dulu.
Kalau benar mahu merawat, jangan kau sentuh luka yang lama, takut parut lama cedera kembali dan mungkin kali ini lebih besar dari dulu.

Sunday, November 8, 2015

Pintu Hati

"Kadang-kadang, kau kena buka pintu hati kau"
Itu kata mereka kepada aku.
Bukan aku tak nak buka pintu hati aku,
bukan aku tak beri mereka peluang,
tapi aku memang tiada rasa.
Semua rasa hilang.
Mungkin sebab dulu pernah memberi peluang,
pintu itu pernah terbuka luas,
tapi segala rasa diragut dan dibawa pergi,
hingga kini belum kembali.
Tidak, aku tak pernah mahu kembali pada yang telah membawa segala rasa itu.
Aku mahu rasa sesuatu yang refreshing.
Satu rasa yang tidak pernah lagi aku rasa.
Tak mahu yang dulu.

"kadang-kadang, rasa itu akan hadir, pada yang pasti, pada yang asli dan bukan lagi pada yang palsu. Sabarlah, kalau ada, ada. Ia tetap akan hadir satu masa nanti"

Ya, itu kata aku pada mereka.
Jika kau tidak sabar melihat aku bahagia,
Aku sendiri tidak sabar melihat diriku bahagia.
Doakanlah.
Aku juga sedang berusaha.
La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...