BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 4, 2014

Istikharah



Assalamualaikum..
Istikharah, was one of the most commonly said and done when there is choices to made in life,
It sound easy but it was one of the most hardest solat I have ever made.
One of the toughest, to put our feeling aside,
and ask Allah for forgiveness, and rely completely to Allah..
Terlalu berat..
Selepas satu titik dalam kisah sejarah aku dan dia,
kami temui jalan buntu, atau mungkin lebih mudah aku katakan, AKU temui jalan buntu,
pada DIA lah tempat aku mengadu teresak-esak,
setiap malam selama sebulan aku bangun,
menangis pada DIA..
Allahu, ujianmu pada hati berat,
namun aku muhasabah diri..
Berapa lama aku tidak bangun bertahajjud pada DIA,
Berapa lama aku tak bangkit memohon ampun pada dia,
pada setiap dosa yang aku 'tak apa' kan..
Istikharah aku buat sekali dengan 3 serangkai ( tahajud, taubat dan hajat)
Susah, sebab pada mulanya hati aku tidak adil,
aku pilih dia, hati ini pada dia,
kerana itu keputusan memberat sentiasa pada dia..
namun semakin lama aku ikhlaskan hati menyesali dosa yang mungkin aku terlepas pandang,
taubat itu penenang, punca kedamaian hati,
bila mencari jawapan, Allah beri jawapan,
namun bukan dengan cara yang 'straight to the point'
berlapik, terlindung, tersembunyi,
Usaha. Allah nak tengok usaha kau mencari jawapan.
Allah takdirkan aku menonton video tu dari status Aiman Azlan.
Sehari sebelum semuanya terjawab, aku ikut sebiji-sebiji apa yang Shaykh Abdul Nasir Jangda ajarkan..
Alhamdulillah, aku temui dengan mudah,
walaupun luka di hati terlalu besar, terlalu hancur..
Itu jawapan Allah untuk aku..
Selepas semua berakhir, tenang..
Terlalu tenang walaupun air mata turun macam air terjun,
bukan sehari dua..
Namun hati ini tenang dan syukur..
Terlalu banyak hikmah yang aku nampak..
Alhamdulillah Allah selamatkan aku daripada manusia itu..
Banyak persoalan yang bertahun tersimpan yang akhirnya terjawab sekarang..

Oleh itu, aku sharekan sedikit point daripada video ini..
Jawapan daripada Allah itu, yang paling baik, yang paling indah..
Seteruk mana hati ni terluka, Allah sebenarnya nak jaga hati kita dari lebih cedera daripada sekarang..

Nota video:
Istikharah bukan macam ‘magic egg ball’ atau dadu, yang bila awak tanya, awak baling, awak putar dah dapat jawapan..

Istikharah adalah 3 step decision making process:
1.Menggunakan akal

  • ambil faktor yang boleh dipertimbangkan
  • option yang available
  • duduk dan fikirkan
  • buat research tentang perkara yang difikirkan
  • buat kesimpulan ataupun kecilkan scope pemilihan

2. Istisyarah
Cari nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman dan lebih pengetahuan
Cari nasihat dari seseorang yang matang dan alim serta sayangkan diri kita

3. Istikharah
Masa ini, kita mungkin lebih menyebelahi satu pilihan daripada pilihan yang lain selepas buat research dan nasihat dari orang terdekat.
Kita hanya perlukan keyakinan untuk buat pilihan tersebut.
Kita nak kan ketenangan fikiran dan jiwa untuk memilih jawapan tersebut.

Cara:
Sama macam solat sunat yang lain, tiada surah yang specific.
Baca doa istikharah selepas salam. Baca dalam bahasa Arab. *penting* tak perlu baca doa yang lain selain doa ni.
Boleh buat bila2 masa kecuali waktu yang diharamkan solat.

Outcome/ Hasil:
  • Mimpi bukanlah semestinya hasil daripada istikharah dan bukanlah sesuatu yang kita boleh ambil inspirasi daripadanya. Mimpi tisak boleh beri jawapan. Jangan terlalu taksub dengan mimpi.
  • Hasil daripada istikharah adalah ketenangan fikiran dan keyakinan untuk membuat keputusan. Rasa tenang dalam hati untuk buat pilihan yang kita dah berat memilih tadi. Kita rasa selesa pilih A daripada dan rasa lebih yakin pilih A.
  • Kalau kita rasa down, berat, rasa doubtful, takut, berbelah bagi mungkin ia bukan yang terbaik untuk kita.
Kenapa Istikharah sukar untuk kita:
  • Sebab kita cari sesuatu yang luar dari alam ni, yang supernatural.
  • Kita kena belajar untuk cermin diri kita, reflek diri sendiri..
  • Kalau masih buat istikharah tetapi belum ada jawapan dan tak confident dengan jawapan, buat lagi dan lagi sehingga kita rasa yakin dan selesa membuat keputusan.
  • Mungkin kita belum cukup reflective dan keadaan sekeliling membuatkan kita rasa spiritually numb/ dull. Jadi buat istikharah sampai yakin.
Dari Jabir bin `Abdullah al-Ansari bahawa beliau berkata:
“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar kami supaya melakukan solat Istikharah dalam menentukan semua perkara sebagaimana Baginda mengajar kami surah dari Al-Quran.  Baginda bersabda:
“Apabila seseorang kamu berasa ragu dalam sesuatu urusan maka rukuklah (solatlah) dengan 2 rakaat (tetapi) ia tidaklah diwajibkan.
Kemudian, berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon petunjukMU menurut pengetahuanMU, dan aku memohon ketetapan dengan kekuasaanMU, dan aku memohon dari kelebihanMU Yang Maha Agung kerana sesungguhnya ENGKAU lah yang berkuasa dan aku tidak berkuasa, dan ENGKAU lah mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan ENGKAU lah Tuhan Yang Mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini baik untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka tentukanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berkatilah untukku padanya.

Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini buruk untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.”
Kemudian Rasulullah bersabda lagi:
“Kemudian dia menyebutkan apakah hajatnya…”
(HR al-Bukhari)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...