BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 16, 2014

support system

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Itu sahaja yang aku mampu katakan untuk 3bulan yang paling kuat ini.
Kuat kerana mereka, kerana aku dan kerana DIA.
Dulu, aku pernah rasa lone ranger,
Aku pernah kata lebih baik seorang dari dikelilingi mereka yang hipokrit,
Cukup keluarga dan sahabat terdekat,
Kini, aku tahu kenapa aku senang begitu,
Sebab aku tak pernah sendiri,
Aku punya ramai support system,
Yang dalam tak sedar terlalu menjaga aku.
Allahu, kamu sahabat,
Setiap hari akan ada yang bertanya khabar,
Yang mengirim kata-kata semangat,
Yang menjaga aku,
Walaupun kecil, walaupun sekadar senyuman,
Walaupun sekadar ucapan, kau kuat, tak apa menangis,
Yang kadangkala mereka tidak tahu apa yang terjadi pada diri ini,
Mereka hanya ingin aku gembira.
Anda semua, terima kasih.
Terima kasih Allah kerana hadirkan mereka sebagai teman penguat semangat.
Aku sayang kalian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...