Aku doa agar kau sihat-sihat sahaja,
Kau dan keluarga maksud aku,
Sihat walafiat ke anak cucu.
Aku maafkan kau,
Untuk setiap salah dan silap,
Atas semua yang terjadi,
Segala penipuan, segala pengkhianatan, segalanya,
Aku juga mohon kau maafkan aku,
Atas segala yang pernah jadi antara aku dan kau,
Atas apa yang telah tertulis dulu, sekarang dan akan datang,
Atas apa yang mengguris rasa.
Aku doakan kau dapat kerja yang kau mahu,
Tapi sekurang-kurangnya kau khabarkan pada semua di negeri mana,
Biar angin sampaikan padaku,
Biar aku tahu dimana bumi mu.
Tidak, aku tidak baik.
Sungguh terlalu jauh aku dari definisi baik.
Aku doa kau sihat agar aku tak kan bertemu kau lagi di tempat aku bekerja nanti,
Aku pohon maafkan aku dan aku maafkan kau,
Bukan sebab aku baik,
Tapi aku tak mahu bertemu kau di padang mahsyar nanti,
Aku mahu tahu dimana bumi kau berpijak,
Sebab aku pohon agar bumi kau dan aku takkan bertemu lagi.
Maaf, aku tidak baik.
Tapi, mungkin ini yang terbaik.
Niatku satu masa nanti akan jadi ikhlas,
Tapi cukup aku doakan yang baik-baik, dan minta yang baik-baik,
Walau disulam niat kepentingan diri.
Thursday, August 14, 2014
Aku tak baik
Posted by cik hidayah at 10:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment