BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 31, 2012

3 cara menjaga mulut =)

assalamualaikum =)
so hari ni actually takdelah nak update blog pon.
However, sedang berblogwalking kat my cousin's blog, Yasmin
I found her new entry is the thing that I really want to said/write in the blog tapi each time nak tulis mesti terlupa..
so cara-cara menjaga mulut.
ini bukan entry kesihatan ye kawan2..*mentang-mentang aku budak aliran kesihatan cis!
ini adalah cara menjaga mulut dan lidah oleh Rasulullah daripada mencarut.
honestly I really hate orang yang mencarut tak kiralah jantina dia apa sekali pon.
tak hensem and tak cantik ok!
ada masalah ke aku mencarut kat lu? lu ingat wa heran? wa carut kat org len bukan lu pon..
masalahnya lu wat telinga wa panas?* dah2 bila lak aku guna bahasa ni..adoi!
aku mmg pantang and tak boleh mendengar perkataan2 tu..
paling jahat aku sebut pon adalah bodoh dan sengal..*astaghfirullah carut gak tu =.=
umi tak pernah ajar aku mencarut and aku tak nak anak2 dan keturunan aku mencarut so, aku takkan mencarut. InsyaAllah.

so macam mana nak jaga lidah, padahal hati ni tengah panas je tengok kucing tu kencingkan kasut anda yang berharga beratus tu?
or mungkin, kek secret recipe chocolate indulgence and butterpecan yang korang beli selepas mengumpul duit tak makan 10 hari tu kene kebas ngan adik korang?

follow this step:

1.DIAM
Dari Abu Syuraih Al-Khuza'iy ra mengatakan Rasulullah SAW berpesan
" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik ataupun diam"

2. ZIKIR
Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata;
"Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah menyebabkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh daripada Allah adalah orang yang paling keras hati"

"Rasulullah bersabda, terdapat dua kalimah zikir yang paling disukai Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan. Kedua-duanya adalah subhanallah wa bihamdihi( maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya) dan subhanallah hil a'zim (Maha Suci Allah yang maha besar).
-imam bukhari

3. ISTIGHFAR
istighfar bertindak sebagai perisai. Sebagai penghalang untuk kita terus mengikut perasaan amarah kita. Bila marah, semua benda nak keluar. Semua yang buruk-buruk. Maka istighfar dapat menyejukkan sedikit diri kita dari terus mengikut hati. Isighfar bermaksud memohon keampunan. Astaghfirullah dan diikuti dengan penyesalan dalam hati. Rasulullah sendiri mengamalkannya sebanyak 100 kali sehari untuk mengelakkan keburukan dalam lidah.

p/s: aku tahu aku pon selalu terikutkan rasa hati ni..kadang-kadang bila marah memang aku jerit bak kata umi satu shah alam boleh dengar. Tapi sekuat-kuat aku marah pon, aku jarang keluarkan perkataan yang mencarut. Even aku pernah menangis bila ada family aku TERcakap aku bodoh sbb salah potong buah tomato *rolling eye*. Thus, aku tak jadikan mencarut sebagai habit. YEAH! its a habit atau bahasa melayu dia adalah satu kebiasaan. So, apa kata tukar habit anda yang nak mencarut tu kepada habit yang baik iaitu 3 bnda di atas..dan aku selalu ingatkan diri aku ni*aku dah sebut kat atas sebenarnya: UMI TAK AJAR AKU MENCARUT DAN AKU TAKNAK ANAK-ANAK DAN KETURUNAN AKU MENCARUT MAKA AKU TAK MENCARUT!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...