BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 22, 2013

diam.

assalamualaikum.

Diamnya aku, bukan kerana takut berkata-kata,
tapi acap kali kata-kataku dipandang enteng.
Diamnya aku bukan kerana tiada semangat,
tapi semangatku hilang pabila mereka sering mencari kesalahan pada setiap kataku.
Diamnya aku bukan kerana aku manusia tanpa pandangan,
tapi pandanganku sering diabaikan kerna aku bukan sesiapa.
Diamnya aku bukan kerana tiada pendirian,
tapi apabila aku suarakan mereka memperkecilkan ku.
Diamnya aku bukan kerana aku pendiam,
tapi diamnya aku kerana aku pernah bersuara..
tapi, suaraku terlalu kecil dan terlalu mudah dipandang sebelah mata,
suaraku ini tidak pantas buat manusia hebat sepertimu..
Namun aku yakin,
suatu hari nanti, sunyinya suaraku bakal didengar dan diambil berat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...