BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 30, 2012

kalau~

kalau lah boleh diputarkan masa..
kalau lah dulu aku buat macam ni..
kalau lah aku tahu apa akan jadi sekarang..
kalau lah...

" Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” Riwayat Muslim"

perkataan kalau tu buat kita tak redha dengan apa yang Allah dah berikan kepada kita..
perkataan kalau tu buat kita tak terima qada' dan qadar Allah.
perkataan kalau tu memesongkan kita daripada menerima hadiah kehidupan yang Allah dah beri pada kita.
lupa kah kita pada ayat ini?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

p/s: rasa macam nak panjat broga lagi sekali and scream all I wanted..:')

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...