BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 24, 2015

Kuat

Tahu mengapa aku selesa begini?
Sendiri dengan skandal halusinasi.
Gembira hanya dengan dunia rekaan.
Tanpa harapan, tanpa erti.
Ya. Tanpa pengharapan.
Harapan tu memusnahkan.
Aku sendiri melihat musnahnya manusia yang paling aku sayang kerana harapan.
Aku sendiri merasa musnahnya AKU kerna harapan.
Jangan tanya aku bagaimana aku kuat.
Aku. Aku.
Kau. Engkau.
Cuma bak kata mereka semua pada aku
'Lihatlah sekelilingmu dan bukalah mata hatimu. Lihat siapa yang menyayangimu dan siapa memusnahkanmu.'
Aku melihat lebih jelas dari manusia lain.
Aku melihat dari sudut dulu dan sekarang.
Aku melihat besarnya luka yang pernah tercipta.
Bagaimana ia berdarah tanpa henti, hingga lukanya kering dan akhirnya berparut.
Aku tak mahu bergantung pada manusia dan berharap kembali yang ada manusia yang mampu menghilangkan parut itu hingga bersih.
Pengharapan itu permainan penipuan yang cukup tajam.
Cukuplah dulu.
Kalau benar mahu merawat, jangan kau sentuh luka yang lama, takut parut lama cedera kembali dan mungkin kali ini lebih besar dari dulu.

1 comments:

Nurul F Fauzi said...

Sis dah boleh tulis buku sis ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...