BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 18, 2012

kembali~

assalamualaikum..
setelah seminggu bercuti, maka berakhirlah suasana santai dan bersenang-lenang ini.
seminggu yang sungguh damai, aman tenteram and aku mampu buat macam-macam yang aku tak mampu sempat nak buat.
selalunya cuti sem aku akan dipenuhi dengan masa bergolek-golek dan menaikkan berat badan *macam naik lah kan?*
tapi semester ini disebabkan dah terbiasa dengan keadaan yang busy dari pagi sampai kemalam,
maka aku berasa tidak biasa dengan keadaan yang senggang ni..*poyo gila*
tapi serius, untuk beberapa hari aku buat macam2 yang aku penat gila, pukul 10 dah mengantuk amat sbb penat.
tapi lepas hari rabu, barulah aku boleh tarik nafas sikit and just give myself a rest..
rehat selagi mampu sebab naik ni aku akan kembali berperang.
harga seorang pelajar farmasi: assignment, report, lab test, project paper, project presentation, project lab, pertandingan,and etc.
baru cerita ni aku dah rasa cam tak cukup nafas..fuhh!
tapi Allah takkan bagi kalau aku tak mampu..insyaAllah.

dalam dunia ni kadang-kadang,
saat yang kita rasa kita sedang jatuh tersungkur,
kita rasa kita sorang-sorang,
kawan pon tak ada.
I've been in the situation for many times.

biasalah bila kawan tinggal kan kita, sebab kita pon kadang-kadang tinggalkan mereka.sedar ataupun tidak sahaja.

apa yang kita boleh buat??
go with the flow..
cakap macam senang, tulis memang mudah.
tapi yang mengalami je yang tahu.
memang aku tak rasa, aku tak tahu.
tapi manusia masih boleh memahami atau kadang-kala manusia itu pernah rasa dan mengalami cuma dia tak pernah hebohkan macam kita ni.
bagi aku, semua perkara ada ubatnya.
hati, pernah terguris, pernah menangis,
jangan pernah paksa diri untuk melakukan sesuatu yang kita tak suka.
jangan mencari sesuatu yang kita sendiri tak pasti.
jodoh dan pertemuan.
tak perlu kejar, dia akan datang sendiri di saat kita tidak sangka,
tapi yang pasti adalah saat yang terbaik dan saat kita bersedia.
usaha? usaha itu bukan dengan perbuatan yang terdesak
doa itu juga suatu usaha bukan?
rakan dan teman yang terbaik datang dari Allah,
apabila Dia menarik kita jauh dari mereka,
saat itu Allah nak lindung diri kita dari sesuatu yang kita sendiri tidak dapat bayangkan.
from this I learnt, Allah knows the best, for something that I couldn't see.
syukur dengan siapa yang Allah bawa dalam kehidupan aku sekarang.
syukur dengan mereka yang setia denganku bertahun-tahun lamanya tanpa jemu.

p/s: sedih baca berita di Gaza..andai kita ditempat mereka, hidup dalam keadaan yang risau dengan keselamatan orang yang kita sayang, sahabat dan keluarga..syurga tempat mereka..doa je yang mampu hulur.. :'(

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...