BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 25, 2014

Nini

Beberapa minggu lepas,
Sebelum semua jadi,
Nini makin sihat,
Makan bertambah, nampak dia makin gemuk..
Tapi, lepas semua jadi..
Dia makin kurus..
Dia nak makan tapi bila bagi dia umpama tidak lalu,
Hingga umi kata, "shanini dah kurus, macam kak nurul.."
Maaf, aku juga tidak lalu,
Bukan tak cuba, tapi tekak ini tak mampu..
..........
Minggu ini, nini makin teruk..
Kurus kering, hanya tinggal kulit,
Aku terus bawa dia ke vet,
Allahu, vet diagnos dia chronic kidney failure..
Background aku buat aku terlalu faham keadaan itu,
Balik rumah dia makin teruk..
Nini makin nazak..
Makan dan minum guna picagari/syringe..
Lepas berbuka, aku cuba bagi dia air dan makanan,
Dia tolak tangan aku, marah..
Lalu aku,bawa dia naik kebilik aku..
Aku letak dia dalam bakul,
Namun dengan kudrat yang sedikit,
Dia cuba keluar,
Tak kuat, hanya separuh badannya keluar..
Aku tarik dia dan letak dia di sudut bilik, tempat kegemaran dia..
Aku alas dengan tuala kerana suhu dia makin menurun..
Lepas terawikh aku lihat dia bergerak ke lantai tak beralas,
Mungkin dia panas..
Aku usap muka dia, badan dia..
Aku kata.. "maafkan kak nurul shanini, selalu abaikan kau terutama di tahun akhir ni, terima kasih sebab selalu ada untuk kak nurul.. doakan kak nurul bahagia.. sorry nini for everything.."
Mata dia yang kering sebab dehydrate nampak berair..
Nampak macam mata dia yang sihat, cantik, bulat dan hitam..
Aku tahu, she wont make it..
Sedih, sebak, sebab aku tahu, dia akan pergi dan aku akan berseorangan,
Cuma, cuma aku tak sedia, sebab terlalu banyak yang terjadi..
Allahu, dugaanMu berat..
Lalu, aku bentangkan tilam dilantai dan bawa dia tidur disebelahku..
Aku menangis hingga letih, usap kepala dia dan aku terlelap dengan tanganku di dada dia..
Merasa denyut jantung dia..
............
Abah kejutkan tahajjud..
Malam 27 Ramadhan..
Aku bangun terus pandang nini,
Check jantung dia..
Dia makin lemah..
Tangan dia kearah tempat aku tidur..
Seperti kebiasaan dulu,
Dia akan peluk tangan aku saat aku tidur..
Tahajud malam itu, penuh dengan tangisan..
Allahu, kalau kau ingin bawa dia pergi, bawa dia dengan tenang..
Mata dah membengkak, tapi semua faham..
Lepas subuh, dia masih ada..
Aku terus berbaring balik sambil letak tangan pada dada dia..
Namun akhirnya, pagi itu..
Nini pergi tinggalkan aku..
Hanya Allah tahu perasaan aku..
Aku hilang dia, yang mendengar aku sentiasa,
Dia faham, walaupun dia kucing
10 tahun, dia lebih faham aku dari manusia lain..
Nini sayang, kak nurul tahu kak nurul kuat..
Nini bantu kak Nurul nanti..
Dia tak pernah menyusahkan,
Tak pernah buat orang marah,
Tak pernah bising nak minta sesuatu..
Terlalu baik..
Aku pernah kata, "macamana nak tinggal nini nak raya ni?"
Umi kata, "dia dah tak lama tu.."
And I cried because I know it is true..
Dan dia tak nak menyusahkan
I love you so much..

Allahu..kuatkan aku..
Moga berakhir Ramadhan, berakhirlah semua episod duka.. :'(

Wednesday, July 23, 2014

Abah

Assalamualaikum..

Sejak hari itu,
Semuanya berbeza..
Abah tak marah, tak pujuk, tak tanya,
Tapi hari ini..
Dalam kereta,
Abah pandang..
Aku: pandang apa?
Abah: kesian kak nurul...*tgn sblh pegang stereng sebelah usap kepala aku* ...dia ni pon, tak ada perasaan betul..
Aku: .....
Abah: dia sedih tak?
Aku: tak kot..
Abah: mana kau tahu?
Aku: dia dah happy lah ngan orang baru..boleh nampaklah abah..kalau gambar dia sama2 dengan orang tu..
Abah: so?? Move on.. this is the real life.. not everything will comes your way..
........

Because time flies but you keep breaking it's wing, so you'll never fade_ tablo, eyes nose lips.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...