BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 24, 2013

kenapa?

assalamualaikum..
dalam kehidupan kita,
kita selalu sangat berdepan dengan situasi yang kita akan tanya kenapa?
kenapa sesuatu perkara tu macam tu keadaan dia,
kenapa sesuatu perkara tu terjadi,
kenapa sesuatu perkara tu berlaku,
kenapa, kenapa dan kenapa..
daripada kenapa, kita akan bertanya kepada soalan lain..
dan kadang2 perkara tu tak tercapai akal kita nak fikir..
abah kata, kalau nak pandai kena lah banyak tanya soalan..
actually kanak2 selalu tanya soalan yang kadang2 orang dewasa macam kita *dewasalah sangat* tak dapat jawab.
sebab minda kanak2 aktif..
kita ni dah malas and terima semua seadanya..

tapi, soalan kenapa ni kadang2 akan buat orang dewasa ni terlalu banyak berfikir,
dan akhirnya menyebabkan hypertension and up lagi mental illness..
tapi yang paling takut adalah jawapan kepada soalan kenapa tu kadang2 bawa kita kepada perkataan kalau dan mungkin..
mungkin kalau aku buat macam ni, perkara ini tak berlaku..
mungkin kalau aku buat camni, mesti jadi macam ni..
perkara mungkin dan kalau ni bahaya sebab ia mampu memesongkan akidah..
jangan lupa pada rukum iman..percaya pada qada' dan qadar.
Allah takkan jadikan sesuatu kalau kita tak mampu.
Dan Allah takkan beri kalau kita tak kuat.

korang beli handphone Samsung original, then phone tu rosak..korang hantar phone tu dekat mana?? dekat Samsung balikkan..kenapa? sebab Samsung yang cipta so mestilah dia lebih tahu macam mana nak selesaikan..jadi, kita berbalik pada diri kita..
siapa yang cipta kita?
jadi kalau ada masalah, siapa yang perlu kita cari?
Allah takkan beri sesuatu yang kita nak dan sayang sangat2 sebab Allah yang menciptakan..maka Allah lebih tahu..
jangan disoal kenapa terlalu mendalam..
kerana Allah ada jawapannya dan jawapannya akan tiba pada waktu yang sesuai dan waktu yang kita dah sedia dan waktunya dah ditetapkan olehNya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...