BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 8, 2015

Pintu Hati

"Kadang-kadang, kau kena buka pintu hati kau"
Itu kata mereka kepada aku.
Bukan aku tak nak buka pintu hati aku,
bukan aku tak beri mereka peluang,
tapi aku memang tiada rasa.
Semua rasa hilang.
Mungkin sebab dulu pernah memberi peluang,
pintu itu pernah terbuka luas,
tapi segala rasa diragut dan dibawa pergi,
hingga kini belum kembali.
Tidak, aku tak pernah mahu kembali pada yang telah membawa segala rasa itu.
Aku mahu rasa sesuatu yang refreshing.
Satu rasa yang tidak pernah lagi aku rasa.
Tak mahu yang dulu.

"kadang-kadang, rasa itu akan hadir, pada yang pasti, pada yang asli dan bukan lagi pada yang palsu. Sabarlah, kalau ada, ada. Ia tetap akan hadir satu masa nanti"

Ya, itu kata aku pada mereka.
Jika kau tidak sabar melihat aku bahagia,
Aku sendiri tidak sabar melihat diriku bahagia.
Doakanlah.
Aku juga sedang berusaha.
La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...