BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 27, 2014

Conversation selepas degree

Bila nak kerja?

Tunggu penempatan je ni.. Surat SPA dah dapat..

Bila nak dapat penempatan?
Bila KKM hantar surat

Kau nak pergi negeri mana?
Tak kisah pon mana-mana..Sabah Sarawak pon ok je..

Gaji berapa? Dengan cerita gaji fresh graduate pharmacist paling tinggi kat Malaysia?
Bolehlah..Alhamdulillah..

Pharmacy susahkan?
Kalau minat rasanya insyaAllah boleh je..

Bila nak kahwin?
krik krik krik..

Umi: Kawan Umi haritu ada cerita, anak dia sibuk kerja tak kahwin-kahwin.. Tu yang dia risau..
Me: owh..iye...
Umi: Anak dia lelaki
Me: Owh..ok..
Abah: Hah! Taknak ke kenenkan ngan kak nurul?
Umi: Dulu dia dah tanya dah..tapi time tu kak nurul dah ada boyfriend..so cakaplah tak available..
Abah: sekarang dah available dah..
Me: *Krik Krik Krik*

Mak Andak: Kesian anak sedara kita, semuanya kechiwa *literally semua*.. Kau Nurul, tak payah setia-setia sangat.. kawan je dua tiga empat pastu pilih satu..
Me: Amboi..
Mak Andak: Betullah! Buat apa setia-setia sangat, bukan ada apa-apa pon.. dulu teringat apa arwah Pak Cik Farouk pesan kat adik..
Me: Jap Pak Cik Farouk mana?
Mak Andak: Atuk kau lah! 
Me: Mana org tahu..sekali orang lain ke..*sbb atuk belah mak aku Fakhrudin, nama glamour Farouk*
Me: Apa atuk pesan?
Mak Andak: Eh, atuk tak pesan apa2 kat kau ke?
Me: Tak sempat..
Mak Andak: Atuk kau pesan, nanti dah masuk U, cari kawan sorang lepastu pegang kuat2..
Me: Owh..nenek pon pesan yang sama..

Nenek: Kau dah ada kawan baru tak?
Me: ermmm..tak adalah..
Nenek: Nanti cari kawan yang elok, yang boleh membimbing, kawan baik2.. kalau jumpa keluarga dia, jangan meninggi diri..
Me: Ok nek..

Acik: Nanti kau masuk hospital, kau carilah doktor sorang.. Tak pon kau kawan je dengan kawan-kawan Nabil and Abang Aqi *sebab dedua doktor*
Me: Tulah..

Syuhada: Kak Nurul nak cari doktor ke? Tak payah lah...
Me;Apasal pulak tak boleh?
Syuhada: Nak ke? Nanti busy kot..
Me: Ok pe..boleh bukak klinik sesama..kih3
Syuhada: eee, bosanlah!

Member: Siapalah yang kawen dulu kan..
Member: Tulah..siapa yang dah ada calonlah dulu..
Me: Betul..siapa ada calon dulu..cepat2!
Member: Eh, dayah takkan tak ada calon kot..
Me: Betullah! Kenapa? Tak boleh ke dayah tade calon? =.=

Some of the conversation yang semakin kerap sejak kebelakangan ni..
InsyaAllah soalan kerja semua mampu nak jawab lagi,
soalan jodoh tu..kadang-kadang sentap jugak..
Tapi Allah yang pegang rahsia yang kita semua tak tahu..
Yang penting, Dia dah rangka sesuatu yang indah, yang akan aku hargai lebih lagi bila aku dapat suatu hari nanti..
Semuanya serahkan pada Allah..
Dia lebih mengetahui..

2 comments:

Anis Sakinah said...

Lamaaanya tak singgah kat blog my ex-neighbour ni. Congrats for your graduation dear!!!
And of course, rasanya lbh krg je conversation after graduation kita ni. Just like nenek pernah pesan spy cari siap2 di zaman uni, jgn kawen dgn doctor sbb terlampau busy, kerjaya, jodoh & bla bla bla....that's common thing for us as a graduate hehe
Btw, all the best for your upcoming future. Klu ada 'berita baik' nnti, jgn lupa nak roger2. If not, merajuk hahahaaa. K bye, assalamualaikum ;)

cik hidayah said...

Anis!! Ya Allah rindunyaaaa..tak sangka ada lagi yang singgah baca blog dayah..hihi..Belum graduate lagilah..InsyaAllah January ni..hihi.. Berita baik insyaAllah bila Allah kata dah sampai nanti adalah..hihi.. Anis dulu pon ok jugak..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...