BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 10, 2014

Konvensyen Bidadari; Cinta: Fitnah atau Fitrah

Assalamualaikum.


Ini nota aku dari Konvensyen Bidadari.
Slot ni diulas oleh Dr Nik Salida.
Dalam Slot ni ada dua cerita tentang cinta sahabat pada Rasulullah.
Yang petama kisah sahabat yang sentiasa tidur di hadapan bilik Rasulullah bagi memastikan Rasulullah tidur dengan selamat. Sebab cinta akan buatkan seseorang risau sesuatu akan terjadi pada orang yang dicintai.

Yang kedua tentang saudagar minyak wangi yang sentiasa datang ke rumah Rasulullah sebelum keluar berdagang semata-mata untuk melihat Rasulullah. Dia akan tunggu tanpa mengganggu Rasulullah. Sekadar mahu melihat wajah. Suatu hari, dia berkunjung ke rumah Rasulullah dua kali. Sebelum berdagang dan selepas kembali berdagang. Dia memberitahu Rasulullah, dia takut dia takkan dapat melihat Rasulullah lagi (or something like that lah ayat dia). Esoknya, dia meninggal dunia.

Selalunya cinta lahir daripada pandangan dan dari cinta lahirnya syahwah.
Sebab itu, wanita dan lelaki wajib menjaga pandangan.
Cinta pada manusia tidak boleh bercampur dengan maksiat.
Peliharalah cinta umpama bunga agar ia terus mekar. Jaga cinta dan jadikan cinta itu kehormatan.

Racun cinta adalah rindu.
Whatsapp antara dua orang yang berbeza jantina, atau sebarang komunikasi antara dua orang yg berbeza jantina, mungkin ia bukan menjadi fitnah kepada manusia kerana manusia lain tidak dapat melihat, mendengar, membaca dan mengetahui TAPI ia menjadi fitnah pada Allah. Dan fitnah itu menjadi perhatian Allah.

Cinta sebelum berkahwin boleh tetapi tidak digalakkan kerana susah untuk dijaga,
Elakkan pertemuan yang berdua. Sebaiknya pertemuan ditemani ibu bapa atau mahram adik beradik lelaki.
Hormati maruah dan harga diri.
Yang penting adalah restu ibu bapa, kerana banyak punca putus ditengah jalan kerana tidak mendapat restu (lain kali awal2 tanya parents baru approach orang tu)
Cari redha Allah. Kalau awal2 dah buat Allah murka, macamana hubungan Allah nak redha?
Solat istikharah.  Jika untuk kita, Allah akan teguhkan cinta tersebut. Jika bukan untuk kita, Allah akan jauhkan walaupun ada cinta.
Jangan terburu-buru nak berkahwin, persediaan perkahwinan yang penting.
Ramai yang menanggung derita akibat cinta adalah wanita sebab wanita ini terlalu baik.
Dalam mana-mana perhubungan, wanita terlalu baik hingga sanggup bertahan walau dibuat pelbagai kekejaman.
Jaga. Jaga diri. Jaga hati. Jaga batas.

Berapa kali sentap waktu dekat konvensyen bidadari ni pon aku tak tahu.
Satu je yang aku boleh cakap,
bila hati kau pernah terdetik walau sedikit, walau kecil pon kau mempersoalkan tindakan kau tu salah atau pon tak,
masa tu kau tahu sebenarnya benda tu salah.
Sebab fitrah hati kau tahu yang haq dan yang bathil.
Aku pon pernah macam orang lain.
Aku fikir aku pon tak buat salah,
jaga semua perkara,
tapi, tapi masih ada perkara yang di tak apakan tu akhirnya bila kau pandang belakang, 
kau menyesal.
Sebab akal cepat sangat memberi alasan membenarkan perkara yang salah.

Tipu tiada getar pada perkataan sayang, rindu, cinta.
Tipu tiada bunga dan angan2 pada impian yang ditabur,
Tipu tiada rasa pada janji masa hadapan.
Tipu tiada sedikit terusik pada setiap perbualan tanpa arah tuju yang hanya sekadar nak dengar suara,
Tipu tiada perasaan apabila mata bertemu mata pada pertemuan walau ditemani seribu manusia.
Tipu tidak merasa apa-apa melihat sekadar gambar walau bertutup segala aurat.
Itu. Itu yang perlu dijaga.
Ini masa silamku.
Sebab aku sendiri pernah mengalami.
Sebab cinta itu fitrahnya suci, tetapi adab kita hilang, lalu Allah tarik.
Macamana aku jaga,
minima kan perjumpaan, percakapan di telefon, cara bercakap, cara melayan, cara aku menjawab sms/whatsapp,
aku tahu ada yang kurang, ada yang salah.
Aku sedang berusaha, berubah lebih baik.
Nak menjaga susah. Aku tahu.
Aku cuba.
Aku tahu aku tak baik. Mungkin aku akan ulang silapku.
Aku tak tahu.
Tapi kini, aku ingin mencuba dengan peluang kedua yang Allah beri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...