BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 23, 2012

gain and share knowledge!

assalamualaikum..
akhirnya hospital attachment dah berakhir..actually dah berakhir hari jumaat lepas..
andnow, I am busy with the report..haisy..malas gila!
I'm doing my attachment at Hospital Putrajaya.
for this attachment I learnt a lot of things.
gaining and sharing knowledge, not only about pharmacist stuff but also about other religion and culture.
I was the only muslim in a group of 10 people.
semua classmates..2 chinese, 1 sabahan and the rest is indian.
they asked me all sort of question and since I am the only muslims, my answer did matter to clarify Islam in their eyes.
They asked me about the hukum hudud, why muslims have to cover the aurat and why there is a border between male and female and even muslims and non muslim.
all this I conclude into one, which is it is a way of prevention and protection.

hukum hudud?
bukan senang untuk jatuhkan hukum hudud. Banyak aspek yang kita kena teliti sebelum kita jatuhkan hukum hudud. pernah ustaz yang ajar dulu kata, hukum hudud tidak boleh dijatuhkan sesuka hati walaupun telah jelas seseorang itu mencuri. Kita kena kaji sebab dia mencuri dan munasabah ataupun tidak. Andai dia mencuri kerana dia tidak mampu langsung untuk menyara diri sendiri dan tiada seorang masyarakat yang membantu, ada hukum lain yang dijalankan bukan hanya atas dia tetapi atas masyarakat sendiri. Ini kerana  zakat dan bantuan adalah hak dia dan tanggungjawab masyarakat andai dia adlah fakir miskin. Kisah seorang nenek di Indonesia yang mencuri dan masyarakat sekeliling telah didenda adalah satu contoh. Hukum hudud bukan bersifat kejam tetapi lebih bersifat prevention. Langkah mencegah dan sebagai pengajaran.Wallahua'lam.

aurat?
aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. Lalu mereka bertanya, kenapa ada wanita yang berpurdah dan niqab. Ada banyak faktor seorang wanita berpurdah dan niqab iaitu faktor cuaca dan persekitaran dan juga faktor pemeliharaan. Di kawasan arab yang berpadang pasir, niqab bertindak sebagai pelindung dari cuaca panas dan debu memasuki rongga hidung. Faktor pemeliharaan adalah untuk mengelakkan fitnah. Pernah di zaman sekolah menengah ustazah ada cakap, andai adalah seorang wanita yang terasa diri dia sangat cantik atau tertalu ramai mendekati dia kerana wajahnya, maka seeloknya dia berpurdah untuk mengelakkan fitnah dan aib. Bila dah cantik, ramai yang akan ada hasad dengki, maka mulalah fitnah.


kenapa antara non-muslim dan muslim pon kena tutup aurat seperti perempuan dan lelaki ajnabi?
sebab dia pon bersifat pemeliharaan dari fitnah dan pemeliharaan aurat daripada yang ajnabi. Apabila kita tunjuk aurat pada yang non-muslim, aku ambil satu contoh, kalau lah rambut muslimah ni cantik sangat.. then non-muslim ni nampak..Kemudian dia pon sampai kan pada teman dia yang lelaki..'eh, disebalik tudung dia tu, rambut dia cantik sangat..panjang, lurus.. Ingatlah tujuan asal bertudung adalah menyorokkan aurat. Lagi satu, apa guna kita bertudung tapi bila ditanya lelaki ajnabi, kita pon jawab..'rambut aku ni baru rebonding, rawatan minyak panas..sekarang cantik berkilat, lurus..rambut aku baru buat curl, potong fringe and etc. what for? apa guna kita bertudung tapi bawah cahaya matahari nampak tengkuk dan nampak ikatan rambut.
kenapa kita tak boleh ada sanggul tinggi? sebab sanggul tinggi tu menandakan rambut kita panjang..

I heard in agama melayu, dia tak boleh pegang pon tangan BF dia..betul ke?
bila dengar ayat ni, aku just senyum dan jawab, kita ni actually bangsa melayu dan agama Islam. Tak ada istilah agama Melayu.. Cuma di Malaysia kita terbiasa, Melayu mesti Islam..tapi dah berapa ramai yang sekadar melayu dan tidak mengamalkan Islam. Bezakan Melayu dan Islam. Tidak semua melayu itu Islam. Yang soalan seterusnya aku just cakap 'yes, that's true. We could not touch nor hold hand with our boyfriend and even if you keluar dengan your boyfriend supposedly kena bawak family member which we called as mahram. Or else never go out just the two of you..

Then my friend (an indian) asked, 'how you are going to show your love? '
I answered, ' the best way is get married. (smile) This is how we are special, exclusive, only for our husband.'

why malay have all the hantaran and why it is from the man to the wife? ( for indian it's from wife to husband)
Hantaran adalah culture. Mas kahwin yang wajib. We have to differentiate between culture and religion.Why from man to wife? Sebab man are going to take responsibility from her father and she will have to give her full obedience to her husband. Therefore it is a gift to her wife which willing to forever patuh pada suami andai suami masih lagi berpaksi pada jalan Allah.

kalau mereka baca Al-Quran kenapa masih ada yang buat jahat dan sesat?
baca Al-quran tapi tidak faham maksud, tak akan bawak apa2 pon.. bulan ramadhan ni berlumba orang nak khatam quran. Tapi asked yourself dear muslims, how many people have done khatam quran bersama maksud? Aku juga suatu masa dulu begitu bekejar nak khatam qur'an tapi kemudian aku tanya diri sendiri..apa guna aku khatam tapi satu maksud pon aku tak tahu. Thus now, aku slow and steady.. I've started reading the terjemahan since last year tapi the first attemp failed since I read the english version..In the end I just read the qur'an. After khatam, I changed to terjemahan bahasa melayu and now, alhamdulillah, aku dah berada di juzuk 4 bersama maksud. Indah tahu ayat qura'n bila dibaca dengan maksud. Baru bermakna apa yang dibaca. Baru faham. so kenapa ada yang buat jahat? sbb baca tapi tak paham..(itupun kalau baca). kenapa sesat? Sbb baca, faham terjemahan, tapi tiada guru yang betul2 belajar dan kaji Qura'n. kenapa perlu guru? sebab tanpa guru, kita akan translate guna bahasa kita. Dalam Islam pon kita disuruh berguru sebanyak mungkin dan kita boleh ambil majoriti.

banyak lagi soalan yang aku rasa interesting.. Sebenarnya mereka ada banyak salah faham tentang Islam. Tanggungjawab kita adalah untuk menjelaskan kembali kepada mereka. Rasanya ilmu aku masih tak cukup untuk jawab. Aku jawab pon sekadar yang mampu. Kadang2 terkedu juga, bila nak jawab takut ia akan memburukkan lagi persepsi mereka terhadap Islam. Bila tak tahu, jawablah sejujurnya dan rujuklah ustaz dan ustazah..



this is us, my friends, classmates during the attachment. enjoy being with them cause they understand me as a muslim and respect my responsibility such as solat and aurat. =)











4 comments:

Anis Sakinah said...

YaAllah Dayah. Allah bg peluang dayah utk bdakwah :) I respect u a lot dear! Semoga kita sntiasa dilihat sbg muslimah & mbawa Islam d mana jua. :)

cik hidayah said...

Alhamdulillah..nilah hikmah dayah masuk MSU kot..ramai non muslim dan kita tak hanya berdepan dengan melayu sahaja..seronok anis..ia lebih kepada sesi berborak dan diorang pon interested je nak tahu..tu yang lebih seronok!

Anis Sakinah said...

baguslah. mknanya dorgg pun nak tahu lbih byk pasal Islam. Better amik tau dr xtahu lgsung kan? mane tau Allah dtgkan hidayah dlm hati mereka. bukan hnya org yg bernama'Hidayah' hehehe

cik hidayah said...

haha..betul2..memang teringin sangat kalau blh bawak diorang sama2 dgn kita..huhu ^_^..tapi diri dayah pon banyak yg perlu diperbaiki lagi..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...