BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 11, 2012

fun fact with medical stuff 2 *for ladies~

assalamualaikum..
topic ni dibuat selepas belajar pharmaceutic for respiratory and renal disease tentang water retention in the body..
salah satu penyakit yang disenaraikan adalah premenstrual pain.
tahu? yup, semua perempuan tahu..so nanti aku akan selitkan pasal water retention ni.
kepada yang baca entry ni..lelaki atau perempuan, i made this for general knowledge.
Not because I want to aibkan diri sendiri or etc. but its just for sharing. No harm kan..?
so, I will list out a few question yang orang lelaki or perempuan selalu tanya..*again, no harm!'

1. kenapa perempuan selalu emosi terganggu bila 'time' dia setiap bulan?
believe me, kalau dalam keadaan yang sakit, tak ada orang yang emosi dia tak terganggu. Cuba korang fikir, kalau korang jatuh motor pon, kaki terluka sikit ke, tangan terhiris pisau pon korang dah mengaduh, dah cari mak dan emosi lebih sampai nangis..so agak2 patut ke bila period pain anda akan tersenyum? paling2 pon the girl akan duduk diam daripada biasa. Serious. Thus, major reason untuk emosi dia terganggu adalah sakit dan tidak selesa.

2. sakit sangat ke?
sakit sangat tu depends dekat setiap perempuan tu. Ada yang biasa, ada moderate dan ada teruk. Yup, ada seorang kawan aku yang teruk sangat period pain dia sampai dia kene admitted in the hospital bila dia kena tiap bulan. Dependant on drugs each time. Simptom biasa adalah sakit kepala, nausea, vomitting, sweating, sakit belakang dan peha, cramp pada kawasan bawah abdomen, pitam and etc.

3. kenapa sakit?
sebab secretion of enzyme called postaglandin which associated with pain and inflammation. Then uterus will contract and release its lining. Proses inilah yang menyebabkan sakit sebab darah terhalang untuk sampai ke lining uterus. Selain daripada sebab ini, period pain jugak terjadi sebab penyakit-penyakit lain yang mungkin agak serius contohnya tumor and etc.

4. Kenapa bila PMS (premenstrual syndromme) perempuan akan rasa gemuk/ kembung and etc?
kat sinilah part yang dinamakan water retention terjadi. Water retention untuk PMS adalah disebabkan imbalance of hormone estrogen and progesterone dalam badan. ketidakseimbangan hormon ini akan menyebabkan water daripada blood akan enter interstitial membrane. Maka akan menyebabkan keadaan dimana kita rasa gemuk, kembung, dan istilah medic untuk muka yang macam kembang tu adalah moon face.

5. macam mana nak elak or nak kurangkan period pain?
Untuk natural treatment adalah through exercises and diet. Banyakkan buah dan sayur. Elakkan caffein, benda manis dan masin. Ubat pulak selalunya orang amek panadol for menstrual yang warna pink tu dan kebanyakan ubat adalah pain killer. Normally, period pain are not suggested untuk ambil ubat. Dont make your body to dependant on drug! Please..selagi boleh avoid, avoid lah..huhu..one more thing, sila minum banyak air!

ok, cukup lah kot aku jawab dan share benda ni..aku pon segan gak nak menaip tapi tak salah share. Semua orang ada perempuan dalam hidup dia. Tak mak, ada adik, akak, kawan perempuan, in the future anak. Its a good thing kalau diorang tahu serba sedikit..

p/s: ingat lagi form 3 lepas subjek sains, budak laki ramai gila tanya kat budak perempuan kelas aku pasal benda ni..dan mungkin sebab kitorang budak sains, gila tak malu jawab dengan selamba..kui3. eh, tapi bukan aku lah yang jawab =.=

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...